Doa di padang Arafah
عن عمرو
بن شعيب عن أبيه عن جده أن النبي قال خير الدعاء دعاء يوم عرفة وخير ما قلت أنا والنبيون
من قبلي لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيئ قدير. رواه الترمذي وصححه الألباني 2837
• Dari Amr bin Syuaib dari ayahnya dari atuknya bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Sebaik-baik doa adalah doa hari
Arafah dan dan terbaik yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah
لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك
وله الحمد وهو على كل شيئ قدير.
وعن عائشة
قال رسول الله ما من يوم أكثر من أن يعتق الله عبدا من النار من يوم عرفة... رواه مسلم 3354
• Dari Aisyah bahawa Rasulullah ﷺ
bersabda, “Tiada hari yang paling banyak Allah bebaskan hambaNya dari neraka
seperti hari Arafah.”
• قال عطاء : "
إن استطعت
أن تخلو بنفسك عشية عرفة فافعل
"الزهد للإمام أحمد ( ٢٢١١ )
• Imam Atho berkata, “Jika engkau boleh menyendiri di hari Arafah,
maka lakukanlah. (untuk banyak banyak berdoa dan berdzikir dan tidak
tersibukkan dengan orang lain, beliau katakan ini kerana keutamaan hari Arafah
dan waktunya yang tidak banyak, wallahu a'lam).” (Az-Zuhud al-Imam Ahmad 2211)
• Ibnul Mubarok berkata, “Aku mendatangi imam Sufyan ats-Tsawri di
siang Arafah dalam keadaan beliau duduk pada kedua lututnya dan beliau
menangis, maka aku tanya beliau, “Siapakah orang yang paling jelek keadaannya
sekarang?” Jawab beliau, “Orang yang menduga bahawa Allah tidak akan
mengampuninya.” (Lathoif 310)
• Imam Thowus dan para muridnya disebutkan kalau memasuki waktu
asar mereka menghadap kiblat berdoa dengan sungguh-sungguh dan mereka tidak
bicara dengan siapapun. (Az-Zuhud al-Imam Ahmad 377)
0 Komentar untuk "Doa di padang Arafah"