Published:
Friday, September 15, 2017
Sejarah Asal Bubur Asyura
Sejarah
bubur ini adalah untuk memperingati hari Nabi Allah Nuh as. selamat mendarat setelah 40 hari
mengharungi bah (banjir) besar yang melanda dunia pada ketika itu.
Diceritakan
bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh
a.s. berlabuh di bukit Juudi pada ‘Hari Asyura’. Sesampainya di daratan Nabi Nuh as. bertanya kepada pada umatnya “Masih adakah bekalan pelayaran yang
tinggal untuk dimakan?” kemudian mereka menjawab “Ada ya Nabi ”. Berkatalah
Baginda pada pengikutnya: “Himpunkan
apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka,
dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi)
dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi
tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh as.: “Masaklah
sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”. Maka
terciptalah satu santapan yang lazat. Itulah Bubur ‘Asyura’. Kemudian Nabi Nuh as. memerintahkan untuk diagih-agihkan
kepada semua yang ada.
Berdasarkan
kepada kisah inilah kita mengenali Bubur Asyura, iaitu bubur yang dibuat untuk
menghormati ‘Hari Asyura’ yang diterjemahkan menjadi ‘bubur untuk kesejahteraan’. Bubur Asyura merupakan perlambangan rasa
syukur manusia atas keselamatan yang selama ini diberikan oleh Allah SWT.
0 Komentar untuk "Amalan di Bulan Asyura (Sejarah Bubur Asyura) "