ads
ads

Puasa ‘Asyura dan Sodaqoh


  Puasa ‘Asyura dan Sodaqoh

Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi  saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, "Hari ini Allah memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya,maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi  saw:"Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musadarikamu."
Maka Nabi  saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antaralain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini.
Terdapat juga sebuah hadits  meriwayatkan, "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun." Maksud hadits  ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada siapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.
Sahabat pun bertanya, "Ya Rasulullah , Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari."Jawab Rasulullah , "benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura,dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan
menyembuhkan dari bala pada Nabi  Ayub. Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi  Daud,juga kembalinya kerajaan Nabi  Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura."
Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi  Adam dan Nabi  Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohon keampunan.
0 Komentar untuk "Puasa ‘Asyura dan Sodaqoh"

Back To Top